Pengenalan
“SERTAILAH SKIM PENGESAHAN BAHAN TANAMAN UNTUK MENJADI PENGELUAR BAHAN TANAMAN TULEN DAN BERKUALITI”
Bahan tanaman adalah input asas yang penting bagi pengeluaran hasil tanaman di Malaysia. Penggunaan bahan tanaman diperaku, menjamin ketulenan baka dan kualitinya. Pengeluaran bahan tanaman tulen dan berkualiti hanya dapat dilakukan melalui pematuhan prosedur pengeluaran bahan tanaman dan pencapaian standard yang ditetapkan. Bagi merealisasikan objektif tersebut, Jabatan Pertanian telah mewujudkan Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT).
Di bawah SPBT, Pegawai Pemeriksa kompeten akan memperakukan anak benih klon buah-buahan yang memenuhi standard ditetapkan. Keyakinan pembeli akan meningkat terhadap nurseri tanaman yang mengeluarkan anak benih klon yang diperaku. SPBT terbuka kepada pengusaha nurseri tanaman seluruh Malaysia. Penyertaan adalah secara sukarela dan tidak dikenakan sebarang bayaran.
Faedah
Pengusaha nurseri tanaman yang menyertai SPBT akan menerima faedah berikut : |
|
Cara Menyertai SPBT
Pengusaha nurseri tanaman perlu mendaftar sebagai peserta skim dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi dengan memuat turun dari ABK 1 atau di alamat Urusetia Skim Pengesahan Bahan Tanaman, Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, Wisma Tani Aras 7, No. 30 Persiaran Perdana, Presint 4, 62624 Putrajaya. | ||
Selepas menjadi Peserta Skim, pengusaha nurseri tanaman boleh memohon perakuan bahan tanaman mengikut jenis pengeluaran bagi jenis varieti tanaman yang terdapat dalam Senarai Varieti Tanaman untuk pengesahan SPBT. Jenis pengeluaran dan Senarai Varieti Tanaman untuk pengesahan SPBT sentiasa dikemaskini mengikut keperluan semasa. Terkini, Nurseri bolehlah memohon pengesahan untuk pengeluaran bahan tanaman seperti berikut : Pengeluaran Anak Benih Klon Buah-buahan | ||
Nurseri Berdaftar Sebagai Peserta SkimVarieti Tanaman Untuk PengesahanPokok Induk Diperakukan |
Penerbitan
Buletin Skim Pengesahan Bahan TanamanManual Skim Pengesahan Bahan TanamanBukuRisalah |
Galeri
Maklumat Pengesahan Pokok Induk dan Bahan Tanaman
Stok Anak Benih Klon Yang Diperakukan 2016 : |
Senarai Pegawai Pemeriksa
Borang dan Lampiran Skim Pengesahan Bahan Tanaman : Pengeluaran Biji Benih
|
Borang Skim Pengesahan Bahan Tanaman : Pengeluaran Anak Benih Klon Buah-Buahan
|
Lampiran Skim Pengesahan Bahan Tanaman : Pengeluaran Anak Benih Klon Buah-Buahan
|