Program Pertanian Bandar merupakan program yang membantu isi rumah bandar meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri sebahagian daripada bahan makanan yang diperlukan melalui bimbingan Jabatan Pertanian. Program ini melibatkan penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai Jabatan dan Agensi yang berkaitan di peringkat Negeri dan Persekutuan.
Pengintegrasian pertanian dalam perancangan dan pembangunan perbandaran adalah penting untuk pembangunan mampan dari segi pelbagai aspek kehidupan dan keperluan kehidupan bandar termasuk bekalan bahan makanan, penghijauan persekitaran, pengurusan air dan bahan buangan bandar, pendidikan serta riadah.
Latar Belakang
Aktiviti pertanian di kalangan penduduk bandar bagi mengeluarkan bahan makanan sendiri merupakan satu pendekatan yang praktikal dan dapat mengurangkan perbelanjaan harian berikutan kenaikan kos sara hidup di bandar.
Berdasarkan kepada situasi tersebut, Program Pertanian Bandar dilaksanakan bertujuan menggalakkan penduduk bandar menanam sendiri sayur-sayuran / tanaman makanan di sekitar kediaman mereka supaya beban kenaikan kos sara hidup dapat dikurangkan. |
Objektif
|
Projek / Aktiviti
Projek Mengikut Kategori Dan Aktiviti Pertanian Bandar
Kawasan Perumahan (Individu)
BIL. | PROJEK | SUB PROJEK | KATEGORI | |
1. | Kawasan Perumahan (Individu) |
Laman Edibel
|
Individu dalam komuniti (minimum 10 peserta / kawasan setempat) |
|
Cendawan
|
Individu dalam komuniti (minimum 10 peserta / kawasan setempat) |
|||
Mini Fertigasi
|
Individu dalam komuniti (minimum 3 peserta / kawasan setempat) |
Kawasan Perumahan (Komuniti)
BIL. | PROJEK | SUB PROJEK | KATEGORI | |
1. | Kawasan Perumahan (Komuniti) |
Kebun Konvensional / Organik
|
Komuniti (10 peserta / kumpulan) | |
Fertigasi Terbuka
|
Komuniti (10 peserta / kumpulan) |
Institusi
BIL. | PROJEK | SUB PROJEK | KATEGORI | |
1. | Institusi (Syarikat / Swasta / Pejabat / Sekolah dsbnya) |
Nutrient Film Technique (NFT)
|
Institusi | |
Laman Edibel
|
Institusi | |||
Piskiponik
|
Institusi | |||
Mini Fertigasi
|
Institusi |
Aktiviti Pertanian Bandar
Program Individu
Kampung Manjoi, Ipoh |
Taman Saga, Pulau Pinang |
Taman Bukit Pasir, Batu Pahat |
Komuniti Presint 8 A, Putrajaya |
Taman Lembayong, Batu Pahat |
Program Komuniti
Taman Perumahan, Kota Kemuning |
Lim Garden, Ipoh |
Taman Desa Damai, Pulau Pinang |
Taman Springhill, Seremban |
PUSPANITA Hospital Rehabilitasi Cheras, Kementerian Kesihatan Malaysia |
Program Institusi
Starbuck Cofee, Kota Kemuning, Shah Alam |
Cempaka International Ladies College, N.Sembilan |
SK Putrajaya Presint 5(1) |
Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya |
Jabatan Pertanian, Putrajaya |
Pej Pertanian Daerah, Jln Bakau Chondong, Bt Pahat |
Jabatan Pertanian |
Permohonan Untuk Menyertai Projek / Kursus Pertanian Bandar
Mana-mana ahli komuniti / institusi yang berminat menyertai projek perlu membuat permohonan dengan menggunakan borang yang disediakan seperti di Lampiran 1. Borang boleh dimuat turun dari laman web Jabatan Pertanian atau / dengan menghubungi Pejabat Pertanian Daerah / Kawasan berdekatan untuk perkhidmatan atau keterangan lanjut. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimajukan kepada ke Pegawai Pertanian Daerah / Kawasan berkenaan.
Selepas permohonan diterima, Pegawai Jabatan Pertanian Daerah / Kawasan akan melawat kawasan projek untuk menentukan lokasi, keluasan projek, kategori projek yang sesuai serta mencadang anggaran keperluan peruntukan untuk dipertimbangkan. |
Skop Program / Projek
|
Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan
|
Outcome Program / Projek
Program dilaksanakan mengikut kaedah ini dijangka mendapat outcome sebagaimana berikut : |
|