
Jabatan Pertanian Negeri Melaka telah ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan berkualiti dan efektif kepada pengusaha-pengusaha dalam sektor pertanian di dalam penggunaan teknologi tanaman dan industri hiliran serta khidmat regulatori pertanian untuk meningkatkan daya pengeluaran pertanian negeri.
Untuk mencapai objektif Dasar Pertanian Negeri dan ke arah Melaka Maju 2010, fokus pelaksanaan program/aktiviti Jabatan Pertanian Negeri adalah seperti berikut :-
- Pembangunan Industri Buah-Buahan
- Pembangunan Industri Kelapa
- Pembangunan Industri Sayuran dan Tanaman Ladang
- Pembangunan Industri Florikultur
- Pembangunan Industri Asas Tani
- Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan Selandar
- Pembangunan Industri Komoditi Berdaya Maju
- Pembangunan Industri Padi
- Pembangunan Institusi Latihan Dan Sumber Manusia
- Pembangunan Pemasaran
|
| |