11 Ramadhan, 1439 A.H.
  • A  A  A  A  A  
Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP)

Pengenalan

image

Amalan Pertanian Baik (APB)

Satu sistem pengurusan sumber di dalam pengeluaran pertanian secara baik dan lestari. Sistem ini dapat meningkatkan produktiviti ladang serta menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti dengan mengambilkira kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerja serta memelihara alam sekitar.

Malaysian Good Agricultural Practice (myGAP)

Satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2002 untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan APB berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. myGAP merupakan penjenamaan semula bagi menggantikan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM). Skim ini dibangun berpandukan Malaysian Standard MS 1784:2005 Crop Commodities – Good Agricultural Practice (GAP).
  • Sebagai satu alat bantuan dalam Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP) Jabatan Pertanian.
  • Menjadi amalan pengusaha di dalam menjalankan aktiviti di ladang supaya menghasilkan keluaran segar yang lebih berkualiti dan selamat untuk dimakan.
  • Menghasilkan produk-produk pertanian yang berkualiti dan selamat dimakan.
  • Produktiviti pengeluaran meningkat.
  • Keselamatan serta kebajikan pekerja ladang terjamin.
  • Hasil pertanian mudah dikenali dan dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.
  • Memelihara alam sekitar.
  • Penggunaan racun makhluk perosak yang kurang.
a) Kategori pemohon adalah seperti berikut :
  • Persendirian
  • Syarikat Swasta
  • Agensi/Badan Berkanun
b) Pemohon hendaklah memastikan :
  • Tanah yang diusahakan sah di sisi undang-undang.
  • Ladang telah mula bertanam dan mengeluarkan hasil.
  • Hasil yang dikeluarkan adalah bertujuan untuk jualan domestik atau eksport.
a) Permohonan myGAP hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan myGAP 1-1. Borang boleh didapati di :
  • Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian Putrajaya
  • Jabatan Pertanian Negeri
  • Pejabat Pertanian Daerah
  • Portal Rasmi Jabatan Pertanian
b) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan. Set dokumen yang perlu dihantar adalah seperti berikut :
  • Borang Permohonan myGAP 1-1
  • Salinan kad pengenalan / Sijil Pendaftaran SSM yang telah disahkan.
  • Salinan bukti pemilikan tanah seperti geran tanah, surat perjanjian sewa tanah dan Surat kebenaran mengusahakan tanah.
Penyertaan skim ini adalah secara sukarela dan perkhidmatan diberikan adalah secara PERCUMA.
Pemohon mesti lulus ketiga-tiga perkara berikut iaitu :
  • Pemeriksaan Tapak
  • Analisis hasil bagi residu racun makhluk perosak, logam berat dan mikrobial
  • Audit amalan ladang
a) Pra-Audit
  • Dijalankan bagi memastikan pengusaha mengamalkan amalan pertanian baik dan memenuhi keperluan pensijilan myGAP.
  • Pegawai pra-audit terdiri daripada Pegawai Jabatan Pertanian peringkat Daerah.
  • Pegawai Jabatan Pertanian peringkat Daerah akan mengambil sampel hasil untuk tujuan analisis residu racun makhluk perosak, logam berat dan mikrobial.
b) Audit Susulan
  • Audit luar dijalankan bagi mengenalpasti pengusaha mengamalkan dan mematuhi amalan pertanian baik berdasarkan standard yang telah ditetapkan dan seterusnya mengesyorkan untuk dipersijilkan.
  • Pengauditan dilaksanakan oleh Pegawai Jabatan Pertanian (Teknikal) yang telah dilantik oleh Ketua Pengarah Pertanian
Tempoh sahlaku pensijilan myGAP adalah selama dua tahun.
Pemantauan berkala akan dijalankan sekurang-kurangnya satu tahun sekali oleh pihak Jabatan Pertanian.
  • Permohonan pembaharuan perlu dikemukakan dalam tempoh enam bulan sebelum tamat tarikh sah laku.
  • Pembaharuan sijil akan dikeluarkan sekiranya ladang masih mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Pengiktirafan myGAP boleh ditarik balik atas sebab seperti berikut :
  • Tidak memperbaharui sijil setelah tamat tempoh.
  • Jika dalam tempoh tersebut ladang itu didapati gagal mematuhi syarat- syarat yang ditetapkan.
  • Menyalahgunakan sijil dan logo myGAP dalam apa jua cara.

Senarai Penerima Sijil

Senarai Penerima Sijil myGAP
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi :
Urusetia
Seksyen Pensijilan Ladang
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman
Jabatan Pertanian,
Aras 7, No. 30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya.
No. Tel : 03-8870 3597 / 3570 / 3566 / 3193 / 3580 / 3587 / 3450 / 3569 / 3446 / 3454
No. Faks : 03-8888 7639
Emel : salmsom@doa.gov.my

Jabatan Pertanian Negeri Melaka
Aras 4, Wisma Negeri,
Jalan Wisma Negeri,
Kompleks MITC,
Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka

Tel: 606-2324293
Fax: 606-2326357

Email : agricmelaka@gmail.com

Tarikh Kemaskini : 

May 25, 2018 - 7:37 AM

Soalan Lazim  I Peta Laman  I  Penafian  I  Dasar Keselamatan dan Privasi  I  Hakcipta

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Mozilla Firefox 6.0, Google Chrome 14.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
Hakcipta terpelihara 2011 © Jabatan Pertanian Negeri Melaka

Penafian :

Jabatan Pertanian Negeri Melaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman ini.