15 Safar, 1440 A.H.
  • A  A  A  A  A  
Program Pertanian Bandar

Program Pertanian Bandar merupakan program yang membantu isi rumah bandar meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri sebahagian daripada bahan makanan yang diperlukan melalui bimbingan Jabatan Pertanian. Program ini melibatkan penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai Jabatan dan Agensi yang berkaitan di peringkat Negeri dan Persekutuan.

Pengintegrasian pertanian dalam perancangan dan pembangunan perbandaran adalah penting untuk pembangunan mampan dari segi pelbagai aspek kehidupan dan keperluan kehidupan bandar termasuk bekalan bahan makanan, penghijauan persekitaran, pengurusan air dan bahan buangan bandar, pendidikan serta riadah.

Aktiviti pertanian di kalangan penduduk bandar bagi mengeluarkan bahan makanan sendiri merupakan satu pendekatan yang praktikal dan dapat mengurangkan perbelanjaan harian berikutan kenaikan kos sara hidup di bandar.

Berdasarkan kepada situasi tersebut, Program Pertanian Bandar dilaksanakan bertujuan menggalakkan penduduk bandar menanam sendiri sayur-sayuran / tanaman makanan di sekitar kediaman mereka supaya beban kenaikan kos sara hidup dapat dikurangkan.

  • Menggalakkan penduduk setempat untuk menanam dan mengeluarkan sendiri bahan makanan bagi menampung keperluan harian serta mengurangkan kos sara hidup.
  • Menambahkan pendapatan sampingan komuniti bandar melalui lebihan pengeluaran hasil pertanian.
  • Menyokong usaha Kerajaan dalam menjamin kualiti dan sekuriti makanan Negara.
  • Memupuk kesedaran dan minat terhadap kepentingan pertanian sebagai penyumbang terus kepada kesejahteraan serta keceriaan persekitaran komuniti bandar.
BIL. PROJEK SUB PROJEK KATEGORI
1.  Kawasan Perumahan
(Individu)
 Laman Edibel

image
 Individu dalam komuniti
(minimum 10 peserta / kawasan setempat)
 Cendawan

image
 Individu dalam komuniti
(minimum 10 peserta / kawasan setempat)
 Mini Fertigasi

image
 Individu dalam komuniti
(minimum 3 peserta / kawasan setempat)
BIL. PROJEK SUB PROJEK KATEGORI
1.  Kawasan Perumahan
(Komuniti)
 Kebun Konvensional / Organik

image
  Komuniti (10 peserta / kumpulan)
 Fertigasi Terbuka

image
  Komuniti (10 peserta / kumpulan)
BIL. PROJEK SUB PROJEK KATEGORI
1.  Institusi
(Syarikat / Swasta /
Pejabat / Sekolah dsbnya)
Nutrient Film Technique (NFT)

image
  Institusi
 Laman Edibel

image
  Institusi
 Piskiponik

image
  Institusi
 Mini Fertigasi

image
  Institusi
img

Kampung Manjoi, Ipoh

img

Taman Saga, Pulau Pinang

img

Taman Bukit Pasir, Batu Pahat

img

Komuniti Presint 8 A, Putrajaya

img

Taman Lembayong, Batu Pahat

 

img

Taman Perumahan, Kota Kemuning

img

Lim Garden, Ipoh

img

Taman Desa Damai, Pulau Pinang

img

Taman Springhill, Seremban

img

PUSPANITA Hospital Rehabilitasi Cheras, Kementerian Kesihatan Malaysia

img

Starbuck Cofee, Kota Kemuning, Shah Alam

img

Cempaka International Ladies College, N.Sembilan

img

SK Putrajaya Presint 5(1)

img

Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya

img

Jabatan Pertanian, Putrajaya

img

Pej Pertanian Daerah, Jln Bakau Chondong, Bt Pahat

img

Jabatan Pertanian

 

 

Mana-mana ahli komuniti / institusi yang berminat menyertai projek perlu membuat permohonan dengan menggunakan borang yang disediakan seperti di Lampiran 1. Borang boleh dimuat turun dari laman web Jabatan Pertanian atau / dengan menghubungi Pejabat Pertanian Daerah / Kawasan berdekatan untuk perkhidmatan atau keterangan lanjut. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimajukan kepada ke Pegawai Pertanian Daerah / Kawasan berkenaan.

Selepas permohonan diterima, Pegawai Jabatan Pertanian Daerah / Kawasan akan melawat kawasan projek untuk menentukan lokasi, keluasan projek, kategori projek yang sesuai serta mencadang anggaran keperluan peruntukan untuk dipertimbangkan.

  • Program dilaksanakan oleh penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan.
  • Kawasan penanaman diberi fokus kepada kawasan sekeliling rumah, institusi, pejabat, tanah rezab Kerajaan dengan kebenaran bertulis daripada pihak berkenaan, kawasan tanah terbiar dan tanah yang sesuai mengikut tanaman.
  • Selain khidmat nasihat teknikal, pemberian insentif boleh dipertimbangkan sebagai galakan awal. Insentif adalah dalam bentuk benih/bahan tanaman, input, peralatan kecil pertanian serta kerja-kerja penyediaan kawasan.
  • Jabatan Pertanian Negeri berperanan menentukan kawasan aktiviti, jenis kategori dan tanaman berdasarkan kesesuaian kawasan.
  • Pelaksanaan program ini akan melibatkan kerjasama pihak berkuasa tempatan, jabatan dan agensi yang berkaitan.
  • Peserta terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
  • Menetap di kawasan bandar dan pinggir bandar, berminat serta berkemampuan untuk melaksanakan projek tanaman.
  • Kelulusan permohonan untuk menjalankan lebih daripada satu (1) jenis projek tertakluk kepada pertimbangan Jabatan Pertanian Negeri.
Program dilaksanakan mengikut kaedah ini dijangka mendapat outcome sebagaimana berikut :
  • Mengurangkan perbelanjaan keperluan dapur peserta projek.
  • Memanfaatkan kawasan lapang di sekeliling rumah.
  • Mengindahkan landskap kawasan.
  • Menimbulkan minat untuk bertani dan menjadikan bertani sebagai satu (1) hobi yang berfaedah.
  • Membantu menjamin keselamatan makanan

 

Jabatan Pertanian Negeri Melaka
Aras 4, Wisma Negeri,
Jalan Wisma Negeri,
Kompleks MITC,
Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka

Tel: 606-2324293
Fax: 606-2326357

Email : agricmelaka@gmail.com

Tarikh Kemaskini : 

October 18, 2018 - 10:00 AM

Soalan Lazim  I Peta Laman  I  Penafian  I  Dasar Keselamatan dan Privasi  I  Hakcipta

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Mozilla Firefox 6.0, Google Chrome 14.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
Hakcipta terpelihara 2011 © Jabatan Pertanian Negeri Melaka

Penafian :

Jabatan Pertanian Negeri Melaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman ini.