Perutusan Pengarah PDF Print E-mail

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. dengan rahmat dan keizinanNYA, Jabatan Pertanian Negeri Melaka melangkah setapak lagi di dalam era teknologi maklumat dan multimedia dengan menyediakan laman web ini.

Laman ini merupakan satu lagi penyebaran maklumat yang penting antara jabatan dan orang ramai. Saluran ini akan dapat membantu setiap lapisan masyarakat memperolehi maklumat berkaitan Jabatan Pertanian Negeri Melaka secara interaktif yang berkesan dan menjimatkan masa.

Adalah diharapkan maklumat yang dibekalkan di dalam web ini merangkumi teknologi, khidmat nasihat teknikal serta aktiviti terkini Jabatan Pertanian Negeri Melaka akan dapat membantu mereka yang ingin menceburi bidang pertanian ke arah yang lebih produktif dan progresif.

Selamat melayari laman web ini.

"PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN"

 "MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG, NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU"

 

 

Salam hormat,

sign pengarah

  Pengarah Pertanian Negeri Melaka