Pengenalan

Jabatan Pertanian merupakan agensi utama yang memberi perkhidmatan siasatan tanah dan merupakan ‘custodian’ bagi maklumat tanah negara.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  a)Sijil Pengesahan Tanah Untuk Tanaman Sijil pengesahan tanah dikeluarkan untuk projek pertanian seperti pembangunan tanah baru, tukar syarat gunatanah atau tanaman dan sebagai satu (1) dokumen sokongan pinjaman bank.  b)Penyiasatan Tanah

Tiga (3) jenis siasatan tanah yang disediakan oleh Jabatan Pertanian adalah :

  1. Penyiasatan Tanah Tinjauan
  2. Penyiasatan Tanah Separa Lengkap
  3. Penyiasatan Tanah Lengkap

  c)Laporan Kesesuaian Tanah-Tanaman Jabatan Pertanian juga menyediakan laporan kesesuaian tanah-tanaman berdasarkan maklumat tanah yang tersedia.

Caj Perkhidmatan Penyiasatan Tanah

Caj pemprosesan bagi setiap permohonan adalah RM 120.00

Caj perkhidmatan sehektar adalah seperti berikut :

BIL. PERKHIDMATAN CAJ / HEKTAR (RM)
1. Pengesahan kawasan hutan / belukar 1.50
2. Pengesahan kawasan telah dibuka 1.00
3. Siasatan tanah separa lengkap kawasan hutan / belukar 8.00
4. Siasatan tanah separa lengkap kawasan telah dibuka 6.00
5. Siasatan tanah lengkap kawasan hutan / belukar 40.00
6. Siasatan tanah lengkap kawasan telah dibuka 30.00