Pengenalan

Khidmat Kesuburan Tanah berfungsi untuk mengenalpasti dan memajukan teknologi pembajaan dan pengurusan kesuburan tanah bagi meningkatkan pengeluaran hasil tanaman disamping memajukan perusahaan pertanian.

Perkhidmatan

Khidmat nasihat berkenaan kesuburan tanah diberikan kepada petani/usahawan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang mereka hadapi berkenaan pengurusan tanah dan pembajaan. Jabatan Pertanian juga membantu perkhidmatan pengembangan Jabatan Pertanian Negeri terutama dengan mengadakan promosi teknologi kesuburan tanah dan menjalankan pemerhatian teknologi untuk masalah pengurusan tanah yang dihadapi oleh para petani/usahawan.

Para petani/usahawan boleh mengemukakan permohonan menggunakan Borang Khidmat Nasihat Kesuburan Tanah.Pegawai Penghubung

Sebarang masalah atau anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami seperti berikut :