Perkhidmatan ini disediakan untuk menganalisis kandungan unsur nutrien dalam sampel tanah, daun, baja dan air. Tujuan utama perkhidmatan ini adalah untuk menyokong pelaksanaan program-program pembangunan Jabatan Pertanian. Perkhidmatan ini juga diberikan kepada lain-lain agensi kerajaan atas permintaan. Pihak swasta dan individu boleh memohon untuk mendapatkan perkhidmatan ini dengan caj yang berpatutan dikenakan.

Pada masa sekarang, Makmal Analisa Jabatan Pertanian terdapat di ini memberikan perkhidmatan analisis sampel tanah, daun, baja dan air. Tiga (3) buah Makmal Wilayah yang masing-masing terletak di Kompleks Pertanian Telok Chengai, Kedah, Kompleks Pertanian Ayer Hitam, Johor dan Kompleks Pertanian Besut, Terengganu menjalankan analisis sampel tanah, daun dan air .

Khidmat yang disediakan termasuk :

  a) Analisis sifat fizikal dan sifat kimia tanah bertujuan untuk menyatakan ciri tanah, kesuburan tanah dan pemuliharaan tanah.
  b) Analisis sampel daun untuk menentukan tahap nutrien dalam tanaman, status kesuburan tanah dan keperluan pembajaan.
  d) Analisis sampel baja untuk menilai kualiti baja yang dibekalkan kepada petani dan pengguna lain.
  c) Analisis sampel air untuk menentukan kualiti air bagi pengairan dan parameter hakisan pemuliharaan tanah.

Prosedur Permohonan

  a) Setiap permohonan perlu mengisi borang permohonan analisis.
  b) Borang permohonan bersama dengan sampel hendaklah dihantar ke makmal yang berkenaan.
  c) Tempoh analisis bagi SATU sampel adalah antara 7 hingga 30 hari bergantung kepada jenis sampel serta jumlah penentuan yang diperlukan.
  a) Permohonan boleh dibuat oleh pegawai Jabatan Pertanian, agensi kerajaan, pihak swasta dan individu. Caj yang berpatutan dikenakan kepada pihak swasta dan individu.
  b) Borang permohonan yang lengkap diisi samada asal atau salinan (diisi dalam 2 salinan).
  c) Kuantiti minima sampel yang diperlukan :

  i) sampel tanah 1 kg
  ii) sampel daun (segar) 1 kg
  iii) sampel baja pepejal 500 g
  iv) sampel baja cecair 250 ml
  v) sampel air 1 liter
Bayaran dalam bentuk wang pos / bank draf dibayar atas nama Ketua Pengarah Pertanian, Jabatan Pertanian.
Borang permohonan boleh dimuat turun secara percuma melalui Portal Rasmi Jabatan Pertanian atau perlu hadir ke makmal yang berkenaan, atau ke Bahagian Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah, yang terletak di Jabatan Pertanian Negeri.
  a) Borang Permohonan Khidmat Analisis Tanah
  b) Borang Permohonan Khidmat Analisis Daun/Hasil Tanaman
  c) Borang Permohonan Khidmat Analisis Baja
  d) Borang Permohonan Khidmat Analisis Air
  a) Permohonan akan diluluskan oleh Ketua Seksyen Khidmat Analisa dan semua Ketua Unit Negeri.
  b) Tiada tempoh sah laku. Semua permohonan akan diproses mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
BIL. ELEMEN HARGA (RM)
1.
2.
C (Organik)
N
RM 10 / elemen / sampel
3.
4.
Abu
Kelembapan
RM 10 / elemen / sampel
bagi 3 sampel pertamaRM 5 / elemen / sampel
bagi sampel berikutnya
5.
6.
7.
8.
9.
K mudah larut
P mudah larut
Kebolehtukaran Ca
Kebolehtukaran Mg
Kebolehtukaran K
RM 5 / elemen / sampel
bagi 3 sampel pertamaRM 3 / elemen / sampel
bagi sampel berikutnya
10. Keupayaan Pertukaran Kation (CEC) RM 15 / elemen / sampel
bagi 3 sampel pertamaRM 10 / elemen / sampel
bagi sampel berikutnya
11.
12.
pH
Konduktiviti
RM 3 / elemen / sampel
bagi 3 sampel pertamaRM 1 / elemen / sampel
bagi sampel berikutnya
13. Analisis lengkap
(N, P, K, Ca, Mg, C, CEC, pH, Konduktiviti)
RM 75 / elemen / sampel
bagi 3 sampel pertamaRM 50 / elemen / sampel
bagi sampel berikutnya
14.
15.
16.
S
Cl
Lain-Lain (contohnya unsur pekit)
RM 10 untuk setiap sampel
BIL. ELEMEN HARGA (RM)
1. Mekanikal Analisis RM 15 / elemen / sampel
bagi 3 sampel pertamaRM 10 / elemen / sampel
bagi sampel berikutnya
BIL. ELEMEN HARGA (RM)
1. N RM 10 / elemen / sampel
2.
3.
4.
5.
P
K
Ca
Mg
RM 5 / elemen / sampel
bagi 3 sampel pertamaRM 3 / elemen / sampel
bagi sampel berikutnya
6. Lain-Lain RM 10 untuk setiap sampel
7. Analisis lengkap
(N, P, K, Ca, Mg)
RM 25 / sampel
bagi 3 sampel pertamaRM 20 / sampel
bagi sampel berikutnya
BIL. ELEMEN HARGA (RM)
1.
2.
3.
4.
5.
N
P
K
Ca
Mg
RM 20 / elemen / sampel
bagi 3 sampel pertamaRM 10 / elemen / sampel
bagi sampel berikutnya
6.
7.
Abu
Kelembapan
RM 10 / elemen / sampel
bagi 3 sampel pertamaRM 5 / elemen / sampel
bagi sampel berikutnya
BIL. ELEMEN HARGA (RM)
1.
2.
pH
Konduktiviti
RM 3 / elemen / sampel
bagi 3 sampel pertamaRM 1 / elemen / sampel
bagi sampel berikutnya
3. Jumlah Pepejal RM 5 / sampel
BIL. MAKLUMAT PERHUBUNGAN
1.   Pegawai Pertanian K/U
Bahagian Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah,
Pusat Pertanian Pulau Gadong,
75200 Melaka.
No. Telefon : 06-335 4602
No. Faks : 06-337 4094