Pengumuman

Maklumat dan borang Kursus Di Kompleks Teknologi Pertanian sungai Udang, Melaka PDF Print E-mail

Syarat-syarat penyertaan :-

1. Penyertaan terbuka kepada rakyat Malaysia sahaja.

2. Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan yang disediakan.

3. Peserta perlu membayar yuran semasa pendaftaran sebanyak RM45.00 untuk satu kursus dan bayaran peralatan kursus akan dimaklumkan bersama surat tawaran kursus.

4. Peserta wajib mengikuti Kursus secara sepenuh masa.

5. Urusan pergi balik adalah tanggungan peserta sendiri.

6. Penganjur tidak bertanggungjawab jika melibatkan urusan cuti dan kelulusan cuti tanpa rekod tidak dikeluarkan.

7. Masa berkursus dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (tertakluk kepada perubahan)

8. Jika memerlukan kemudahan penginapan, bayaran ditanggung oleh peserta.

9. Peserta perlu memakai pakaian kerja yang sesuai untuk sesi latihan praktikal.

10. Tarikh dan tajuk kursus tertakluk kepada perubahan

11. Pemilihan peserta adalah muktamad.

12. Semua syarat-syarat diatas tertakluk kepada perubahan.

13. Borang juga boleh didapati di sini atau di Pejabat Pertanian Daerah yang berhampiran.

14. Borang boleh dikembalikan kepada : -

Penyelaras

Kompleks Teknologi Pertanian,

76300 Sungai Udang, Melaka

atau

Faxkan ke : 06 - 353 1353