Permohonan untuk Pendaftaran Baru / Semula Racun Makhluk Perosak hendaklah dibuat kepada Lembaga Racun Makhluk Perosak melaluiĀ Borang A.

Permohonan yang berasingan hendaklah dibuat bagi racun makhluk perosak yang berlainan.

Pertubuhan perbadanan yang mengemukakan sesuatu permohonan kepada Lembaga untuk Pendaftaran Baru / Semula Racun Makhluk Perosak hendaklah sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125].

Bayaran bagi permohonan untuk Pendaftaran Baru / Semula Racun Makhluk Perosak ialah RM1,500.00 dan dibayar semasa permohonan dibuat. Bayaran permohonan yang dibayar tidak boleh dikembalikan.

Bayaran bagi Pendaftaran Baru / Semula Racun Makhluk Perosak mengikut kelas yang diperuntukkan bagi racun makhluk perosak sebagaimana yang ditetapkan dalam subperenggan 4(j)(i) Peraturan-Peraturan Racun Makhluk Perosak (Pelabelan) 1984 [P.U. (A) 251/1984] seperti yang berikut :

  • RM3,500.00 bagi racun makhluk perosak Kelas 1a dan Kelas 1b;
  • RM2,000.00 bagi racun makhluk perosak Kelas II;
  • RM1,000.00 bagi racun makhluk perosak Kelas III; dan
  • RM500.00 bagi racun makhluk perosak Kelas IV

dan perlu dibayar sebelum perakuan pendaftaran dikeluarkan