January 18th, 2018, 10:10:04
1 Jamadil Awal, 1439 A.H.
  • A  A  A  A  A  
Maklumat Tanah Terbiar

Maklumat Tanah Terbiar

Definasi Tanah Terbiar

  • Tanah darat atau tanah sawah yang berkeluasan minima 0.4 hektar ke atas sama ada bersambungan atau bertaburan yang merupakan tanah milik yang tidak diusahakan selama tiga tahun berturut-turut

Penentuan Lot Tanah Terbiar

  • Penentuan lot tanah terbiar yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian adalah mengikut kaedah spatial berasaskan padanan data guna tanah dengan peta kadaster. Maklumat yang diperolehi seterusnya dibuat verifikasi di peringkat lapangan bagi menentusahkan lot tanah terbiar.
  • Bagi tahun 2014, Jabatan Pertanian telah mengenalpasti seluas 119,273.38 hektar tanah terbiar yang melibatkan 69,734 lot di Semenanjung Malaysia termasuk di Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Untuk makluman, maklumat tanah terbiar adalah dinamik dan sentiasa berubah-ubah dari masa ke semasa berdasarkan:
    • pertambahan kawasan tanah terbiar baru yang memenuhi definasi tanah terbiar.
    • pengurangan kawasan tanah terbiar dengan pelaksanaan projek pembangunan.

Pengenalpastian Pemilik Tanah

  • Berdasarkan maklumat nombor lot dan keluasan tanah terbiar yang dipaparkan, usahawan yang berminat untuk membangunkan tanah terbiar dengan projek pertanian boleh membuat carian rasmi di Pejabat Tanah bagi mengenalpasti pemiliknya.

 

Potensi Tanaman

  • Bagi mendapatkan maklumat kesesuaian tanaman bagi tanah terbiar yang ingin dimajukan, pemilik tanah/usahawan boleh mendapatkan Khidmat Penyiasatan Tanah daripada Bahagian Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah, Jabatan Pertanian. Perkhidmatan ini dikenakan bayaran di bawah ‘Akta Fi tahun 1951 (pindaan 1995)’.

Pendaftaran

RINGKASAN DATA TANAH TERBIAR TAHUN 2014

 

BIL. NEGERI BIL. LOT LUAS (HEKTAR)
1.  PERLIS 55 54.51  
2.  KEDAH 3,065 5,518.98  
3.  PULAU PINANG 267 419.30  
4.  PERAK 5,214 14,506.92  
5.  SELANGOR 3,030 9,395.05  
6.  NEGERI SEMBILAN 6,404 10,309.14  
7.  MELAKA 2,568 3,629.97  
8.  JOHOR 8,070 17,854.93  
9.  PAHANG 19,510 34,293.27  
10.  TERENGGANU 11,604 12,309.22  
11.  KELANTAN 8,663 8,907.04  
12.  WP LABUAN 1,284 2,075.04  
JUMLAH 69,734 119,273.38  

Jabatan Pertanian Negeri Melaka
Aras 4, Wisma Negeri,
Jalan Wisma Negeri,
Kompleks MITC,
Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka

Tel: 606-2324293
Fax: 606-2326357

Email : agricmelaka@gmail.com

Tarikh Kemaskini : 

January 18, 2018 - 11:28 AM

Soalan Lazim  I Peta Laman  I  Penafian  I  Dasar Keselamatan dan Privasi  I  Hakcipta

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Mozilla Firefox 6.0, Google Chrome 14.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
Hakcipta terpelihara 2011 © Jabatan Pertanian Negeri Melaka

Penafian :

Jabatan Pertanian Negeri Melaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman ini.

Skip to toolbar