Pengumuman

Kursus Usahawan 2012 di Pusat Latihan Keusahawanan, Pejabat Pertanian Daerah Jasin, Melaka PDF Print E-mail

Kursus anjuran Jabatan Pertanian Negeri Melaka diadakan pada setiap tahun bertempat di Pusat Latihan Keusahawanan Pejabat Pertanian Daerah Jasin, Melaka.


KALENDER KURSUS TAHUN 2012

Pusat Latihan Keusahawanan, Kelubi Jasin, Melaka

PEJABAT PERTANIAN DAERAH JASIN

KELUBI, JASIN

MELAKA

NO

JENIS KURSUS

TARIKH

1

PEMPROSESAN KEK ISING DAN "CUP CAKE"

17 APRIL 2012

2

PEMPROSESAN PELBAGAI ROTI

08 MEI 2012

3

PEMPROSESAN MAKANAN SEJUK BEKU

20 JUN 2012

4

PEMPROSESAN KORDIAL BUAH-BUAHAN DAN BERPERISA

17 JULAI 2012

5

PEMPROSESAN KEK SARAWAK

21 NOVEMBER 2012


Syarat-syarat penyertaan :-

1. Penyertaan terbuka kepada rakyat Malaysia sahaja.

2. Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan yang disediakan.

3. Peserta perlu membayar yuran semasa pendaftaran sebanyak RM45.00 untuk satu kursus dan bayaran peralatan kursus akan dimaklumkan bersama surat tawaran kursus.

4. Peserta wajib mengikuti Kursus secara sepenuh masa.

5. Urusan pergi balik adalah tanggungan peserta sendiri.

6. Penganjur tidak bertanggungjawab jika melibatkan urusan cuti dan kelulusan cuti tanpa rekod tidak dikeluarkan.

7. Masa berkursus dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (tertakluk kepada perubahan)

8. Jika memerlukan kemudahan penginapan, bayaran ditanggung oleh peserta.

9. Peserta perlu memakai pakaian kerja yang sesuai untuk sesi latihan praktikal.

10. Tarikh dan tajuk kursus tertakluk kepada perubahan

11. Pemilihan peserta adalah muktamad.

12. Semua syarat-syarat diatas tertakluk kepada perubahan.

13. Borang juga boleh didapati di sini atau di Pejabat Pertanian Daerah yang berhampiran.

14. Borang boleh dikembalikan kepada : -

Penyelaras

Kompleks Teknologi Pertanian,

76300 Sungai Udang, Melaka

atau

Faxkan ke : 06 - 353 1353