Pengumuman

Objektif & Fungsi PDF Print E-mail

Objektif Jabatan Pertanian

  1. Memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan khidmat nasihat yang profesional dalam pelbagai bidang Pertanian khususnya tanaman makanan dan industri hiliran bagi menentukan pengeluaran makanan yang mencukupi untuk keperluan negara.

  2. Membimbing dan mewujudkan  pengusaha pertanian yang progresif bagi meningkatkan produktiviti ladang dan pengeluaran pertanian negara.

  3. Mewujudkan kumpulan tenaga terlatih yang terlatih dan mahir untuk keperluan industri pertanian.

  4. Melindungi tanaman-tanaman (tanaman industri dan makanan) daripada ancaman perosak dan penyakit melalui program perlindungan tanaman dan perkhidmatan kuarantin.

  5. Menentukan keluaran hasil-hasil tanaman makanan yang selamat dan mengawal pencemaran alam sekitar.Mengawal bahan-bahan tanaman dan bahan janaplasma negara daripada dibawa keluar negara dan terancam pupus.

Fungsi Jabatan Pertanian

  1. Menilai, mengubahsuai serta merumus pakej teknologi daripada agensi/badan penyelidikan mengikut keadaan setempat dan seterusnya menyampaikannya kepada pengusaha-pengusaha pertanian.

  2. Memberi khidmat perundingan dan sokongan teknikal secara pakej kepada usahawan, swasta dan agensi pembangunan pertanian.

  3. Membangunkan Sumber Maklumat Tanaman Makanan dan Tanah untuk kegunaan perancangan dan pelaksanaan pembangunan sektor pertanian.

  4. Menjalankan latihan di Institut/Pusat Latihan Pertanian bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam sektor pertanian.

  5. Mengawalselia mutu bahan / benih tanaman Negara

  6. Melaksanakan penguatkuasaan Akta Racun Mahluk Perosak 1974 untuk memastikan racun yang diimport, dikeluarkan dan dijual dalam negara adalah yang berkualiti dan penggunaannya tidak akan mendatangkan  mudarat kepada pengguna, ternakan, tanaman makanan dan alam sekitar.

  7. Melaksanakan penguatkuasaan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 untuk mencegah kemasukkan perosak-perosak asing yang berbahaya dalam negara dan memudahkan pengeksportan hasil-hasil tanaman negara untuk memenuhi peraturan kuarantin negara pengimport.

  8. Melaksanakan penguatkuasaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 1988 dan peraturan CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Bagi Spesis-spesis Haiwan dan Tumbuhan Liar Yang Terancam Pupus) untuk memastikan bahawa bahan-bahan tanaman dan janaplasma tidak terancam pupus.

  9. Melaksanakan penguatkuasaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 (Akta 634) untuk melindungi hak intelek bagi varieti-varieti tempatan seperti baka-baka yang baik terutama kelapa sawit, getah, koko, kelapa dan bunga-bungaan.

  10. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan organisasi-organisasi di sektor awam dan swasta dalam/luar negara yang terlibat dalam pembangunan, penguatkuasaan dan perdagangan antarabangsa.