Pengumuman

MAKLUMAT KURSUS KEUSAHAWANAN KEMAHIRAN PEMPROSESAN MAKANAN DI PUSAT BIMBINGAN USAHAWAN JABATAN PERTANIAN SESI 2013 PDF Print E-mail

PENGENALAN

Kursus Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian bermula pada tahun 2002 untuk melahirkan usahawan muda yang menceburkan diri secara serius dalam perniagaan asas tani seperti makanan sejuk beku, bakeri, produk-produk berasaskan kelapa, poduk-produk berasaskan buah-buahan dan makanan ringan.

PELAKSANAAN

Kursus akan dijalankan secara hands-on untuk memastikan peserta benar-benar mahir dari segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu, komersil dan menepati standard GMP (Amalan Pengilangan Yang Baik). Di samping itu, peserta akan didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan yang profesional terutama dalam aspek keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran dan penyediaan Rancangan Perniagaan.

Peserta juga akan menjalani program dampingan di premis usahawan yang telah maju di bawah bimbingan Jabatan Pertanian.

PENGAMBILAN PESERTA

Pengambilan peserta dibuat setahun sekali.

TEMPOH KURSUS

Jangkamasa kursus ialah selama enam (6) bulan secara sepenuh masa.

KEMUDAHAN DISEDIAKAN
Tempat tinggal sepanjang tempoh kursus.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 21-40 tahun
  • Berkelulusan sekurang-kurangnya SPM/SPMV
  • Tinggal di asrama sepanjang tempoh kursus
  • Sihat tubuh badan
  • Berminat untuk meneruskan projek selepas tamat kursus

TEMPAT-TEMPAT LATIHAN

Kursus dijalankan di tujuh (7) buah Pusat Bimbingan Usahawan mengikut pengkhususan yang telah ditetapkan seperti berikut:

 

Bil

Pusat Bimbingan Usahawan

Pengkhususan

1.

PBU Serdang, Selangor

Sejuk Beku
(Cth : Karipap, pizza, pie, roti canai, donut, kasturi, roti bom)

2.

PBU Ayer Hitam, Johor

Bakeri
(Cth : Pelbagai jenis roti, kek, pastri dan biskut)

3.

PBU Manong, Perak

Bakeri & Sejuk Beku (Asas Kelapa)
(Cth : Kerisek, santan, dodol, serikaya, biskut kelapa, pes rendang, candy kelapa)

4.

PBU Teluk Chengai, Kedah

Bakeri & Sejuk Beku
(Cth : Gabungan produk sejuk beku dan bakeri)

5.

PBU Ajil, Terengganu

Bakeri
(Cth : Pelbagai jenis roti, kek, pastri dan biskut)

6.

PBU Pagoh, Johor (Baru)

Bakeri & Sejuk Beku (Asas Buah)
(Cth : Jem Buah-buahan, kordial, puree, ban, kek buah, buah bersalut dll)

7.

PBU Melor, Kelantan (Baru)

Makanan Ringan
(Cth :Pelbagai kerepek Dan Kuih Tradisional seperti Meruku,Rempeyek,Buah Rotan,Denderam dll)

 

CARA-CARA MEMOHON

Sila dapatkan borang permohonan DISINI (BORANG PERMOHONAN):
Atau
Laman web Jabatan Pertanian : www.doa.gov.my
Atau
Jabatan Pertanian Negeri / Pejabat Pertanian Daerah yang berhampiran
Atau

Bahagian Pengembangan Pertanian dan Industri Asas Tani
Jabatan Pertanian
Wisma Tani, Aras 8, No. 30, Persiaran Perdana
Jabatan Pertanian,
Presint 4
62624 Putrajaya.

Tel: 88703554 / 3544 / 3539
(Cik Nur Shazwani/ Pn. Rafidah Ibrahim /Pn. Zaharina Hassan)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan adalah dibuka mulai sekarang hingga tarikh tutup pada 31 Disember 2012.

MAKLUMAN

Borang yang telah dilengkapkan hendaklah mendapat pengesahan dari Pejabat Pertanian yang berhampiran. Sila kemukakan borang yang telah lengkap diisi ke alamat seperti berikut :

Timbalan Pengarah (Industri Asas Tani)
Bahagian Pengembangan Pertanian dan Industri Asas Tani
Jabatan Pertanian Wisma Tani,
Aras 8, No. 30, Persiaran Perdana Presint 4
62624 Putrajaya.

Hanya calon-calon yang memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk temuduga.