Pendaftaran/Pendaftaran Semula Racun Makhluk Perosak

Permohonan untuk Pendaftaran Baru / Semula Racun Makhluk Perosak hendaklah dibuat kepada Lembaga Racun Makhluk Perosak melalui Borang A.

Permohonan yang berasingan hendaklah dibuat bagi racun makhluk perosak yang berlainan.
Pertubuhan perbadanan yang mengemukakan sesuatu permohonan kepada Lembaga untuk Pendaftaran Baru / Semula Racun Makhluk Perosak hendaklah sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125].

 

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi :

Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja, Kompleks Pertanian Pulau Gadong di talian 06-3354603

Pendaftaran Varieti Baru Tumbuhan

PERLINDUNGAN VARIETI TUMBUHAN MALAYSIA
Hak Pembiakbaka Tumbuhan juga dipanggil Perlindungan Varieti Tumbuhan (PVP), adalah satu bentuk Hak Harta Intelek (IPR). Ia adalah hak eksklusif yang diberikan kepada pembiakbaka varieti baru untuk mengeksploitasi jenis dan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan paten untuk ciptaan perindustrian. Kedua-dua bentuk geran perlindungan kepada pemegang merupakan satu bentuk hak eksklusif untuk meneruskan aktiviti yang inovatif.

PVP juga boleh dibandingkan dengan hak cipta, kerana PVP membolehkan pengeluaran semula (menyalin) varieti tumbuhan yang dilindungi dihalang oleh pemilik varieti yang dilindungi tersebut. PVP adalah sui generis (unik dalam sifatnya) dimana bentuk perlindungan disesuaikan untuk tujuan perlindungan varieti baru tumbuhan. Ia mempunyai ciri-ciri tertentu yang sama dengan IPR lain tetapi pada masa yang sama, mempunyai perbezaan kepada perkara-perkara asas.

Sejak abad ke-19 awal, dalam bidang pertanian dan perhutanan, pengenalan varieti baru merupakan komponen penting untuk menjaga dan mengekalkan produktiviti tumbuhan yang baik dan tinggi serta berkualiti. Varieti baru sentiasa dibiakkan untuk hasil yang lebih tinggi, untuk ciri-ciri agronomi yang baik seperti rasa, untuk rintangan terhadap perosak atau penyakit, untuk toleransi kepada kemasinan atau keadaan kemarau dan lain-lain.

Kerajaan Malaysia menyedari kepentingan PVP untuk pembangunan negara. Malaysia, yang merupakan ahli Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan menandatangani Perjanjian TRIPS, di bawah Perkara 27.3 (b) menyatakan bahawa negara anggota hendaklah mengadakan peruntukan bagi perlindungan varieti tumbuhan melalui paten atau sistem sui generis yang berkesan atau oleh mana-mana kombinasi peraturan tersebut. Oleh itu, Malaysia mampu memenuhi obligasinya bagi Perkara 27.3 (b) bagi Perjanjian TRIPS dengan pengenalan undang-undang PVP ini.

 

Sebarang maklumat lanjut anda boleh layari  :

http://pvpbkkt.doa.gov.my/

 

Tahun 2018

 

BIL IKLAN TAJUK STATUS
 1.  JPNM.SH.01/2018  Kerja-kerja menukar karpet baru di ruangan pejabat dan bilik mesyuarat JPNM DIBATALKAN
 2.  JPNM.SH.02/2018   Kerja-kerja menukar karpet baru di ruangan pejabat dan bilik mesyuarat JPNM DITUTUP
 3.  JPNM.SH.03/2018(N) Membekal dan Menghantar Racun untuk Projek-projek Pertanian di JPNM  DITUTUP
4.   JPNM.SH.04/2018(N)  Membekal dan Menghantar Baja untuk Projek-projek Pertanian di JPNM  DITUTUP
 5.   JPNM.SH.05/2018  Kerja-kerja Perataan Tanah Sawah Awal Menggunakan Back Bucket dan Kerja-kerja Perataan Tanah Sawah Akhir Menggunakan Auto land Laveller di Sawah Kg Pengkalan Jajar, Alai, Daerah Melaka Tengah  DITUTUP
 6.   JPNM.SH.06/2018 Membekal dan Menghantar Peralatan Mesin Industri Asas Tani Tahun 2018 Untuk Projek-projek Pertanian di JPNM  DITUTUP
 7.  JPNM.SH.07/2018(P)   Membekal dan Menghantar Baja untuk Projek-projek Pertanian di JPNM  DITUTUP
 8.  JPNM.SH.08/2018(P)   Membekal dan Menghantar Racun untuk Projek-projek Pertanian di JPNM  DITUTUP
 9.  JPNM.SH.09/2018 Membekal dan Menghantar Set Laman Edible untuk Projek Pertanian di JPNM DIBATALKAN
10.   JPNM.SH.10/2018 Membekal dan Menghantar Set Mini Fertigasi untuk Projek Pertanian di JPNM DIBATALKAN
 11.    JPNM.SH.11/2018  Membekal dan Menghantar Set Kebun Konvensional dan Fertigasi Terbuka untuk Projek Pertanian di JPNM DIBATALKAN
 12. JP/KPPG/SH(B)02/2018 Membekal dan Menghantar Baja dan Bahan Pelengkap Kepada Kompleks Pertanian Pulau Gadong DITUTUP
 13.     JPNM.SH.12/2018  Membekal dan Menghantar Set Laman Edible untuk Projek Pertanian di JPNM  DITUTUP
 14.      JPNM.SH.13/2018  Membekal dan Menghantar Set Mini Fertigasi untuk Projek Pertanian di JPNM  DITUTUP
 15.      JPNM.SH.14/2018   Membekal dan Menghantar Set Kebun Konvensional dan Fertigasi Terbuka untuk Projek Pertanian di JPNM  DITUTUP
 16.       JPNM.SH.15/2018 Kerja-kerja Membina Rumah Teduhan dan Rak Projek Pembangunan Kluster  DITUTUP
 17.       JPNM.SH.16/2018 Perkhidmatan Pembersihan Kawasan di Kompleks Teknologi Pertanian Sungai Udang Melaka Seluas 100 ekar Bagi Tempoh (1) Tahun Mulai 1 Sept 2018 – 31 Ogos 2019  DITUTUP
 18.        JPNM.SH.18/2018(N) Membekal dan Menghantar Jentera Kecil Tahun 2018 Untuk Projek-projek Pertanian di JPNM  DITUTUP
 19.        JPNM(S).SH.19/2018 Membekal dan Menghantar Jentera Kecil Untuk Projek Kelapa Tahun 2018 di JPNM  DITUTUP
 20.         JPNM(S).SH.20/2018 Membekal dan Menghantar Baja Untuk Projek Jagung dan Napier Tahun 2018 JPNM  DITUTUP
21.       JPNM.SH.23/2018 Kerja-kerja Mendalamkan dan membersihkan Kolam di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Selandar, Jasin  DITUTUP
 22.       JPNM.SH.24/2018 Kerja-kerja Penyelenggaraan Struktur Pelindung Hujan (SPH) di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Pulau Gadong, Melaka  DITUTUP
 23.  JP/KPPG/HORT/SH.04/2018  Kerja-kerja Membina Pagar Sempadan Kompleks Pertanian Pulau Gadong  DITUTUP

 

Tahun 2017